Friday, 24 October 2014

AUTOBIOGRAFI..

Assalamualaikum...selamat malam,,salam keceriaan ,salam awal muharram buat semua..semua dah baca doa akhir tahun dan awal tahun???

  Nama  diberi Fatin Nur Wahida Binti Mohd Azemi. Aku berasal dari Kelantan. Kami sekeluarga menetap di Ps 70 Rpt Kesedar Sungai Peria 18000 Kuala Krai Kelantan. Aku mempunyai 6 orang adik beradik. Masing-masing masih bersekolah dan adikku yang kedua belajar di Universiti Malaysia Terengganu.  Aku seorang penuntut di Universiti Utara Malaysia dan mengambil jurusan Pengurusan Pembangunan. Aku mendapat pendidikan awal di Tabika Hj.Mat Adam dan menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Peria. Selepas mendapat keputusan UPSR ,aku melangkah ke gerbang sekolah menengah di Smk Sultan Yahya Petra 1. Di situ, aku mula belajar Bahasa Arab yang menjadi bahasa kegemaranku. di sinilah tempat aku belajar..

Aku seorang yang sukakan alam semula jadi..sukakan pantai dan suasana yang sejuk. aku tidak begitu gemarkan suasana yang hingar bingar kerana ia mudah membuatkan aku berasa rimas dan terasa seperti ingin pengsan.. bercakap menegenai pengsan, aku pernah pengsan ketika menyertai perbarisan antara rumah sukan sewaktu zaman persekolahan dahulu. Aku mempunyai sahabat-sahabat yang memahami diriku. Mereka sangat sporting dan boleh dikatakan tidak rugi bersahabat dengan mereka. mereka ialah Ifzah, Izaty, Afifah, Fatin, Ainul, dan Safuraa. Jom layan video ini bersama..


Aku seorang yang gemarkan masakan kampung dan ulam-ulaman. dan sebagai penduduk jati negeri kelantan,sememangnya aku suka makan budu. 'mek kelate' lah katakan. ulam- ulaman menjadi menu wajib ku ketika menjamu selera. Aku suka makan pegaga, bendi, dan daun serai kayu. banyak khasiatnya jika kita amalkan makan ulam-ulaman ini. aku juga mengamalkan jus pegaga semasa berada di rumah. di sini susah untuk mendapatkan ulam-ulaman seoperti pegaga. Jadi aku hanya makan apa yang ada sahaja.  Pelbagai khasiat yang kita dapat perolehi jika mengamalkan ulam-ulaman ini. 


Ermm, sedapkan..rindu pulak masakan ma di kampung.

Aku seorang yang sukakan aktiviti kepimpinan. sejak zaman persekolahan hingga masuk universiti pun aku masih terlibat dalam program kepimpinan. Kepimpinan ini dah sebati dalam hidupku. apabila menyertai program ini, banyak manfaat yang kita perolehi. paling penting tahap keyakinan diri semakin bertambah dan kemahiran berkomunikasi . Aku menjadi pemimpin sejak dari darjah 3 lagi sehingga menjadi Penolong ketua pengawas di Smk Sultan Yahya Petra 1. Aku banyak melibatkan diri dalam program yang bercorak kepimpinan ini. program bercorak kepimpinan ini mampu untuk melatih diri kita supaya lebih berdisiplin dan membina keyakinan diri. Alhamdulillah, dengan adanya program ini, aku mampu untuk menjadi pengacara majlis walau dalam apa-apa acara sekalipun. insyaALLAH , jika didzinkan aku ingin mengembangkan bakat yang ada untuk menjadi pengacara yang berkaliber dan hebat seperti Hazlin Husin yang menjadi idola ku.

Tanggal 1.9.2014 aku melaporkan diri di Universiti Utara Malaysia. Banyak dugaan dan cabaran yang telah aku tempuhi sebelum berjaya masuk ke universiti ini namun dengan segalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh kedua orang tuaku, maka aku bersedia untuk mengharungi segala pahit getir semasa berda di alam kampus demi menghadiahkan segulung ijazah buat mereka,kesayanganku. seminggu berada di UUM, aku mengalami 'homesick' dan berat badanku telah turun mendadak, namun dengan semangat dan dorongan dari kawan serta ibu bapa, aku dapat menyesuaikan diri dengan suasan universiti.  Alhamdulillah aku berasa begitu selesa sekarang dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan akhir yang akan menjelang tidak lama lagi.
MA, ABAH ..along janji akan belajar bersungguh-sungguh dan akan menjadi seorang pegawai tadbir diplomatik seperti yang abah dan ma harapkan.

ibu bapa yang sentiasa meberi dorongan dan penyuntik semangat untukku berjaya walaupun aku pernah jatuh.

bersama guru kesayangandi majlis graduasi.. Puan Normala...

Aku seorang yang suka 'online shopping'. pantang lihat kasut,baju,selendang yang cantik-cantik dalam instagram. Walaupun begitu, aku masih berjimat dan sedar akan kedudukanku sebagai pelajar. banyak benda yang harus diselesaikan dan aku mengutamakan keperluan ku sebagai pelajar terlebih dahulu. dalam 'online shopping' ni kita mesti bijak dalam memilih 'seller' .Harus diingat ramai kaki tipu online dalam dunia sekarang . Setelah menamatkan pengajian di UUM ini , aku bercita-cita ingin menjadi seorang pegawai tadbir dan diplomatik dan memasang angan-angan untuk membuka senuah butik pakaian atau kasut memandangkan aku sangat gemarkan menyimpan koleksi pakaian dan kasut. Pada waktu lapang aku suka bermain badminton dan mengayuh basikal. Aku mempunyai 6 orang adik beradik dan masing-masing masih bersekolah. ibu bapa ku berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh supaay kejayaan yang dikecapi dapat menjadi tauladan dan pemberi semangat untuk adik-adik. Alhamdulillah adik beradikku mula menampakkan usaha mereka untuk menjejak kaki ke universiti seperti aku dan adik kedua ku yang berada di UMT sekarang. Ibu aku selalu berpesan agar tidak terlalu boros membelanjakan wang dan sentiasa membaca Alquran serta tidak meninggalkan solat.

Setakat ini sahaja cerita yang mampu aku kongsikan buat tatapan semua. Semoga tahun baru ini membawa sejuta kebaikan kepada kita semua..  Amin.
TEMAN RAPATKU...

kenangan bersama kawan-kawan tingkatan enam tidak akan dilupakan. mereka adalah sahabat yang terbaik dan baik hati.

sedapkann..rm 1 sahaja di kelantan
adik beradikku..kami sekeluarga peminat The Red Warriors..

gomo kelate gomo...








alangkah indahnya hidup ini......



tips mudah untuk berjaya...




sentiasa bersedia,, jangan tunggu hari esok kerana esok tiada siapa yang tahu sama ada kita masih lagi diberi kesempatan bernyawa di alam fana ini atau tidak.. sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan...





Selamat malam semua.....