Thursday, 22 October 2015

AKHIR TINTA




KESIMPULAN
  • Secara kesimpulannya, bagi menjadi seorang usahawan yang berjaya bukanlah sesuatu perkara yang mudah sekiranya kita tidak memiliki ilmu serta pengetahuan yang mencukupi mengenai bidang yang ingin diceburi. 
  • Lantaran itu, dengan mengaplikasikan kesembilan ciri usahawan yang telah dibincangkan, sedikit-sebanyak ia dapat membantu para usahawan untuk memajukan serta memperkembangkan perniagaan mereka.  
  • Tambahan pula, kesembilan ciri-ciri usahawan ini yang dimiliki oleh tokoh usahawan yang terkenal dan berjaya sama ada dari Malaysia mahupun luar negara, dapat dijadikan sebagai role-model atau idola kepada masyarakat yang berminat dengan bidang perusahaan terutamanya pada golongan usahawan yang baru bermula menceburi bidang ini.














Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang sudi membantu dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang sudi memberi kerjasama sepanjang menyiapkan tugasan ini. cc : mirah, fyza, eda, yumna, ita, azmel, azri



PERJUMPAAN KALI PERTAMA




PERJUMPAAN KALI KEDUA

PERJUMPAAN KALI KETIGA








Mawar Melati Indah di Taman,
Indah Lagi Kembang Selasih,
Akhir Kata Kami Ucapkan,
Cukup Sekian Terima Kasih.

sehingga kita berjumpa lagi pada entry akan datang ..







BIOGRAFI TOKOH USAHAWAN PILIHAN

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY



  • Anak kelahiran Alor Setar, Kedah
  • Dilahirkan pada tahun 1951
  • Anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik
  • Bersekolah di Alor Setar pada usia 9 tahun 
  • Mendapat pendidikan di Johor Bharu setelah dihantar ke sana untuk menetap bersama pak ciknya iaitu Syed Omar sehingga tingkatan dua
  • Selepas itu, beliau kembali semula ke Alor Setar untuk menyambung pengajian di tingkatan lima iaitu di Sekolah Saint Micheal's 

CIRI-CIRI YANG TERDAPAT PADA BELIAU
-Berani untuk mengambil risiko

  • Beliau seorang yang berani untuk memulakan langkah dalam perniagaan dengan hanya berbekalkan komoditi beras dan kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain iaitu gula melalui Bukhari Sdn Bhd walaupun tidak memiliki pengetahuan yang banyak mengenainya 
  • Kemudiannya, beliau meneruskan lagi dengan menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. bagi mendapatkan kontrak pembekalan beras, teh, minyak sapi, tepung susu dan coklat daripada kerajaan
  • Beliau dapat mempelbagaikan jenis jualan perniagaannya tanpa hanya perlu bergantung kepada suatu hasil perniagaan sahaja (Ashadi Zain, 2005)
-Mewujudkan jaringan usahawan
  • Setelah mendapat kontrak pembekalan daripada kerajaan pada tahun 1979, beliau telah menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat usaha sama dengan New Zealand Milk Products dan memasarkan produk di bawah jenama Anchor dan Fernleaf
  • Tan Sri Syed Mokhtar mula melaksanakan sistem barter dengan menukarkan hasil koko keluarannya dengan teh dari China. Tujuan beliau mewujudkan rangkaian perniagaan ini adalah untuk meluaskan pasaran produknya di serata dunia
-Proaktif
  • beliau menceburi bidang pembuatan pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan iaitu sebanyak 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam

  • Beliau telah menubuhkan Amtek Division bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garment Uniforms untuk pakaian
  • Beliau juga telah berjaya mengeluarkan kasut dan pakaian tentera berjenama Louis dan Lee Coopers 

-Kegagalan atas pilihan sendiri
  • Sebuah kapal buatan Jerman telah dibeli oleh beliau pada harga US1 juta dolar untuk mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak
  • Namun, kerugian yang telah dialami olehnya  menyebabkan beliau terpaksa menjual kapal tersebut pada harga USD600,000 dolar sahaja

-Memiliki visi yang tersendiri
  • Beliau bukan sahaja seorang yang berpandangan jauh dalam bidang perniagaan malah beliau seorang usahawan yang amat cintakan kebajikan
  • Hal ini demikian kerana, beliau yakin dan percaya bahawa rezeki yang datang daripada Allah ini bukan untuk beliau sahaja malah untuk orang ramai juga
  • Beliau telah menubuhkan Yayasan al-Bukhary pada Mac 1996 bagi membantu golongan miskin dan menyokong perkembangan seni dan budaya dalam kalangan masyarakat Islam

Video tribute untuk Tan Sri :

"ALLAH MEMBERIKAN REZEKI KEPADA KITA UNTUK KITA KONGSIKAN DENGAN ORANG LAIN"


4. DATUK YUSOF TAIYOOB ( Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd)


-dilahirkan Georgetown Pulau Pinang
-berumur 52 tahun
-isteri bernama Datin Yusnita Ramli dan mempunyai 3 orang cahaya mata iaitu Waseem, Safiya dan Safina
-merupakan seorang usahawan pembekal terbesar untuk pelbagai jenis kurma, produk makanan mentah, kering dan basah dari negara Timur Tengah untuk pasaran di Malaysia

  • KEGAGALAN ATAS PILIHAN SENDIRI
-Setiap individu yang mencapai kejayaan tidak semestinya diperoleh tanpa menemui kegagalan
-Seseorang yang bercita-cita mahu menceburkan diri dalam dunia keusahawanan tidak perlu takut kepada kegagalan.
-Kebanyakan usahawan yang menceburkan diri dalam dunia perniagaan akan menghadapi kegagalan sebelum mencapai kejayaan
-usahawan dapat membentuk diri mereka agar lebih berhati-hati dan gigih berusaha menuju ke arah kejayaan serta mengambil iktibar serta pengajaran kepada diri sendiri dan orang lain untuk dijadikan panduan pada masa hadapan
-Pada awal pembabitannya dalam bidang perniagaan ini, beliau bermula dengan menjual minyak wangi namun mengalami pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit
-Selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau tidak berputus asa untuk sentiasa perbaiki kegagalan pada sebelumnya
-Hasilnya, beliau mengambil tindakan untuk mencuba pelbagai perniagaan lain termasuk mengedarkan produk yang berasaskan bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah seterusnya menempa nama dalam perniagaan sebagai pengedar kurma yang terkenal (Ashadi Zain, 2005)



5. STEVE JOBS (Pengasas  Apple Computer Corporation)


- pengasas kepada Apple Computer Corporation 
- dilahirkan di San Francisco, California pada tahun 1955
- mendapat pendidikan tinggi dari Reed College dalam bidang Physics
memperkenalkan jenama Apple Computer Corporation dengan berkonsepkan buah Apple,   disebabkan buah tersebut merupakan buah kegemarannya

  • BERORIENTASIKAN KEPADA HASIL
- berjaya menghasilkan produk pertama iaitu Apple I dan selepas dua tahun beliau memperkenalkan pula Apple II yang berjaya mendapat anugerah jualan komputer yang  tertinggi untuk kegunaan pejabat dan rumah bagi tempoh lima tahun berturut-turut.
- mencipta telefon pintar terkenal iaitu iPhone dan komputer tablet iPad pada tahun 2007
- Steve Jobs menghasilkan model-model komputer dengan menerapkan ciri-ciri keunikan, kreatif serta inovatif seiring dengan kemajuan teknologi pengkomputeran pada abad ke-21 kini (Rosli Mahmood et al., 2010). 
-Steve Jobs  yang terkenal sebagai seorang yang menghasilkan ciptaan teknologi  seperti komputer dan telefon pintar dengan hasil usahanya sendiri tanpa meniru jenis jenama lain, boleh dianggap sebagai seorang usahawan yang kreatif dan inovatif.


6. TAN SRI ANTHONY FRANCIS FERNANDES ( Pengasas Syarikat Penerbangan Air Asia Sdn. Bhd)
-Dilahirkan di Kuala Lumpur
- Mendapat pendidikan di London School of Economics
-Beliau mula bekerja di syarikat Virgin Airlines sebagai juruaudit
-Pengasas kepada syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Berhad dengan sloganya “Semua Orang Mampu Terbang” (Ashadi Zain, 2005). 
-Pencapaian Tan Sri Tony Fernandes yang paling besar adalah memulihkan semula imej syarikat AirAsia sebagai syarikat penerbangan antarabangsa
  • BERORIENTASIKAN KEPADA PASUKAN
 -Menjalankan kerja secara berpasukan antara kakitangannya, kerana beliau percaya ianya merupakan pengurusan kerja yang sangat berkesan dan efisien.
-Beliau sendiri akan mendengar idea dan pandangan pekerjanya dari semua bahagian. Jika terdapat hujah mahupun idea yang bernas, semua itu akan dipertimbangkan dan diberi perhatian oleh beliau.
-Beliau juga sering memberikan pelbagai insentif kepada kakitangannya supaya terus cemerlang dan bersemangat untuk berkhidmat di dalam syarikatnya.

-Dengan membina hubungan yang baik kepada seluruh kakitangan syarikat, pastinya dapat membantu para usahawan untuk terus memajukan serta memperkembangkan skala perniagaan yang dijalankan dengan lancar


7. TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY ( Usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia)


-dilahirkan pada tahun 1951
-kekayaan RM 1425 juta
-merupakan orang ke-7 terkaya di Malaysia

  • PROAKTIF
- Pada usia 19 tahun, beliau mula membeli daging yang tidak terjual daripada pembekal di pasar Alor Setar (Ashadi Zain,2005). Daging itu kemudiannya akan dijual semula kepada peniaga-peniaga Melayu di kawasan sekitarnya.
-Pada tahun 1972, beliau telah beralih ke perniagaan pengangkutan
- Beliau tidak semata-mata bergantung dengan hasil penjualan daging sahaja
-Pada tahun 1975, beliau telah berjaya menubuhkan Syarikat Shah dan seterusnya memohon lesen perdagangan beras daripada BERNAS
-Atas sikap kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras kepada banyak pihak seperti  MARA, FELDA, Pernas Edar dan beberapa anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor 
-Sikap proaktif ini telah memberi kejayaan dan menjadikan beliau lebih terdorong untuk mengembangkannya  dalam bidang perniagan yang lain.
- Ciri ini penting jika kita ingin berjaya dengan cemerlang seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang telah tersenarai dalam kedudukan tahunan 40 orang terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business sejak pada awal tahun 2003 lagi (Mohd. Salleh Din et al., 2005).









Sunday, 18 October 2015

2. DATO' JIMMY CHOO ( Pereka kasut)



-dilahirkan pada tahun 1961di Pulau Pinang
-pengasas kepada jenama Jimmy Choo
-tamat pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London selama 4 tahun
-Rekaan kasutnya mendapat perhatian meluas oleh sebuah majalah fesyen yang terkenal di United Kingdom, iaitu majalah Vogue.

  • JARINGAN USAHAWAN
Perniagaan Dato’ Jimmy Choo mula dilihat berkembang setelah Permaisuri Wales, iaitu mendiang Puteri Diana telah meminati rekaan kasut yang dihasilkan oleh beliau lalu membelinya sekitar tahun 1990 
- Sejak itu rekaan kasut Dato’ Jimmy Choo menjadi antara jenama pilihannya
mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama seorang kawan baiknya yang juga merupakan editor kepada majalah British Vogue, iaitu Tamara Mellon pada tahun 1996.
-Hasil rekaan kasutnya juga dilihat telah kerap diperagakan oleh pelakon Hollywood dalam filem yang terkenal seperti In Her Shoes yang mana kasut hasil rekaannya dipakai oleh pelakon Cameron Diaz.
-jaringan usahawan yang ditunjukkan oleh Dato’ Jimmy Choo dengan mewujudkan hubungan perniagaan antara mendiang Puteri Diana sebagai pelanggan utama dan perhubungan dengan Tamara Mellon sebagai rakan kongsi, dilihat telah membantu perniagaan beliau pada peringkat antarabangsa

3. MYDIN MOHAMED BIN GHULAM HUSSEIN


- dilahirkan pada tahun 1928 di Pulau Pinang
-kini berusia 83 tahun
-mendirikan rumah tangga pada tahun 1949 bersama gadis dari India berumur 15 tahun  iaitu Roshwan Bhai 
-dikurniakan 3 orang anak perempuan dan 4 orang lelaki


  • MEMILIKI VISI YANG TERSENDIRI
-Visi merupakan suatu matlamat dan pandangan jauh yang ingin dicapai pada masa-masa tertentu (Mohd Salleh Din et al., 2005)
-Pasar raya Mydin yang mempunyai visinya yang tersendiri, iaitu untuk berfungsi sebagai sebuah syarikat yang berdaya saing dalam membekalkan barangan-barangan keperluan yang berkonsepkan halal yang utama di Malaysia (Siti Hawa Mohd, 2012).
-Dalam mencapai visi tersebut, syarikat yang diuruskan oleh beliau akan diusahakan melalui penyediaan nilai-nilai yang terbaik dengan mempelbagaikan jenis barangan keperluan harian masyarakat dengan menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna.
-Syarikat yang ditadbir oleh Mydin Mohamed ini, adalah untuk memfokuskan formula perniagaan yang berterusan dalam mencapai status sebagai sebuah syarikat yang cemerlang pada masa-masa hadapan.


  • BUDAYA TERBUKA
-Budaya terbuka atau berfikiran terbuka dimaksudkan sebagai menerima segala bentuk idea sama ada yang baru ataupun berlainan.
-Seseorang individu yang berfikiran terbuka akan menerima segala bentuk cadangan, huraian, komen dan membincangkan hal-hal tersebut (Drucker, 1985).
-Beliau merupakan seorang majikan yang sangat peka akan keadaan sekelilingnya. Pandangan dan pendapat daripada pekerjanya sangat dititikberatkan.
-Komitmen yang ditunjukkan oleh beliau sangat tinggi sehinggakan menganggap semua pekerjanya, diibaratkan sebagai sebahagian daripada keluarganya juga.
-Sifat toleransi dan saling bertolak ansur antara beliau dengan para pekerjanya tanpa mengira kaum, agama dan bangsa menyebabkan perniagaannya telah berjaya menjadi salah sebuah pasar raya yang terpenting di Malaysia (Siti Hawa Mohd, 2012).
-Asas yang paling penting untuk mencapai kejayaan adalah bergantung kepada tindakan dan peranan seseorang usahawan itu sendiri untuk melakukan perubahan.


 

CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA

 ASSALAMUALAIKUM..

Sudah lama rasanya penulis tidak mengabdikan diri dalam penulisan blog ini. Di kesempatan ini, penulis ingin menyelesaikan satu tugasan yang diberikan dalam subjek yang diambil iaitu subjek Asas Keusahawanan.


Penulis bersama-sama ahli kumpulan bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Dari kiri ( Hafiza, Eda, Mirah, Azri, Azmel, Yumna dan Norita)


Entry kali ini, penulis nak habaq pasai (menceritakan) ciri-ciri usahawan yang berjaya.

Usahawan merupakan seorang pengusaha sesuatu perniagaan yang dijalankan sehingga berjaya bagi mencapai matlamatnya iaitu memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya.


Menurut Richard Cantillon, usahawan itu adalah seorang ejen yang membeli alat-alat pengeluaran untuk menghasilkan barangan yang boleh dipasarkan (Schumpeter, 1934)

Usahawan merupakan individu yang berani untuk menghadapi apa jua risiko yang bakal dihadapi olehnya.
Oleh itu, usahawan dianggap sebagai penggerak dan pemangkin kepada ekonomi sesebuah negara kerana matlamat sesebuah negara untuk menjadi sebuah negara yang bertaraf maju adalah dengan memiliki usahawan yang berjaya.

Antara ciri-ciri yang perlu ada pada diri seorang usahawan yang berjaya ialah:

  1. Berani mengambil risiko
  2. Jaringan usahawan
  3. Taat dalam melakukan sesuatu perkara
  4. Memiliki visi yang tersendiri
  5. Kegagalan atas pilihan sendiri
  6. Budaya terbuka
  7. Berorientasikan kepada hasil
  8. Berorientasikan kepada pasukan
  9. Proaktif
Terdapat beberapa contoh usahawan yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas:

1. TAN SRI DR. JEFFREY CHEAH ( Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway)





Serba sedikit tentang Tan SRI:

-dilahirkan di Pusing, negeri Perak dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway
-mendapat pendidikan tinggi dari Victoria University of Technology, Australia.

Antara ciri yang terdapat pada usahawan ini ialah:
  • BERANI MENGAMBIL RISIKO:
  Contoh:-
-Pada tahun 1974, beliau mengusahakan perniagaan perlombongan bijih timah melalui syarikat Sungei Way dengan modal yang besar iaitu RM 100,000.
-Pada tahun 1977 kemelesetan ekonomi mula melanda namun syarikatnya masih lagi dapat bertahan
-Kegawatan ekonomi negara yang berlaku pada tahun 1985 memperlihatkan Sunway Holding Berhad mencatatkan kerugian yang tinggi dan hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya. 
-Walau bagaimanapun, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah mula mengambil Langkah menyebarkan risiko dengan mempelbagaikan jenis perniagaan yang melibatkan pelbagai sektor seperti sektor pelaburan hartanah, pembangunan hartanah, pembuatan, perhotelan dan perniagaan berkaitan hiburan
-Beliau telah berjaya membangunkan Sunway Construction Berhad, Sunway City Berhad dan Sunway Building Technology Berhad



  • TAAT DALAM MELAKUKAN SESUATU PERKARA:
   Contoh:
-Walaupun kemelesetan ekonomi telah berlaku pada tahun 1977,1985, 1997 namun beliau masih lagi taat untuk terus mempertahankan perniagaannya                               
-Beliau telah mengurangkan gajinya walaupun terpaksa mengubah cara hidupnya supaya tidak mengamalkan sikap yang membazir dan terlampau bermewah-mewah.
-Beliau juga dilihat sebagai seorang yang gemar untuk mengambil risiko dalam membuat sesuatu pekerjaan dan taat untuk membayar semula pinjaman kepada pihak bank pada masa yang telah ditetapkan .


Hasil daripada kegigihan yang ditunjukkan oleh Tan Sri, pelbagai kejayaan yang telah diperolehi beliau.