Thursday, 22 October 2015

BIOGRAFI TOKOH USAHAWAN PILIHAN

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY



  • Anak kelahiran Alor Setar, Kedah
  • Dilahirkan pada tahun 1951
  • Anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik
  • Bersekolah di Alor Setar pada usia 9 tahun 
  • Mendapat pendidikan di Johor Bharu setelah dihantar ke sana untuk menetap bersama pak ciknya iaitu Syed Omar sehingga tingkatan dua
  • Selepas itu, beliau kembali semula ke Alor Setar untuk menyambung pengajian di tingkatan lima iaitu di Sekolah Saint Micheal's 

CIRI-CIRI YANG TERDAPAT PADA BELIAU
-Berani untuk mengambil risiko

  • Beliau seorang yang berani untuk memulakan langkah dalam perniagaan dengan hanya berbekalkan komoditi beras dan kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain iaitu gula melalui Bukhari Sdn Bhd walaupun tidak memiliki pengetahuan yang banyak mengenainya 
  • Kemudiannya, beliau meneruskan lagi dengan menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. bagi mendapatkan kontrak pembekalan beras, teh, minyak sapi, tepung susu dan coklat daripada kerajaan
  • Beliau dapat mempelbagaikan jenis jualan perniagaannya tanpa hanya perlu bergantung kepada suatu hasil perniagaan sahaja (Ashadi Zain, 2005)
-Mewujudkan jaringan usahawan
  • Setelah mendapat kontrak pembekalan daripada kerajaan pada tahun 1979, beliau telah menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat usaha sama dengan New Zealand Milk Products dan memasarkan produk di bawah jenama Anchor dan Fernleaf
  • Tan Sri Syed Mokhtar mula melaksanakan sistem barter dengan menukarkan hasil koko keluarannya dengan teh dari China. Tujuan beliau mewujudkan rangkaian perniagaan ini adalah untuk meluaskan pasaran produknya di serata dunia
-Proaktif
  • beliau menceburi bidang pembuatan pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan iaitu sebanyak 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam

  • Beliau telah menubuhkan Amtek Division bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garment Uniforms untuk pakaian
  • Beliau juga telah berjaya mengeluarkan kasut dan pakaian tentera berjenama Louis dan Lee Coopers 

-Kegagalan atas pilihan sendiri
  • Sebuah kapal buatan Jerman telah dibeli oleh beliau pada harga US1 juta dolar untuk mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak
  • Namun, kerugian yang telah dialami olehnya  menyebabkan beliau terpaksa menjual kapal tersebut pada harga USD600,000 dolar sahaja

-Memiliki visi yang tersendiri
  • Beliau bukan sahaja seorang yang berpandangan jauh dalam bidang perniagaan malah beliau seorang usahawan yang amat cintakan kebajikan
  • Hal ini demikian kerana, beliau yakin dan percaya bahawa rezeki yang datang daripada Allah ini bukan untuk beliau sahaja malah untuk orang ramai juga
  • Beliau telah menubuhkan Yayasan al-Bukhary pada Mac 1996 bagi membantu golongan miskin dan menyokong perkembangan seni dan budaya dalam kalangan masyarakat Islam

Video tribute untuk Tan Sri :

"ALLAH MEMBERIKAN REZEKI KEPADA KITA UNTUK KITA KONGSIKAN DENGAN ORANG LAIN"


5 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian yang amat menarik

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. saya suka quote "Allah memberikan rezeki kepada kita untuk kita kongsikan dengan orang lain" :')

      Delete
  3. biografi yang dinyatakan adalah sangat berlainan daripada kebiasaan blog lain yang pernah saya baca...tanniah admin sebab memberikan maklumat mengenai tokoh usahawan yang sangat menarik serta mudah untuk difahami oleh semua lapisan pembaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih di atas penghargaan .

      Delete