Sunday, 18 October 2015

CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA

 ASSALAMUALAIKUM..

Sudah lama rasanya penulis tidak mengabdikan diri dalam penulisan blog ini. Di kesempatan ini, penulis ingin menyelesaikan satu tugasan yang diberikan dalam subjek yang diambil iaitu subjek Asas Keusahawanan.


Penulis bersama-sama ahli kumpulan bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Dari kiri ( Hafiza, Eda, Mirah, Azri, Azmel, Yumna dan Norita)


Entry kali ini, penulis nak habaq pasai (menceritakan) ciri-ciri usahawan yang berjaya.

Usahawan merupakan seorang pengusaha sesuatu perniagaan yang dijalankan sehingga berjaya bagi mencapai matlamatnya iaitu memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya.


Menurut Richard Cantillon, usahawan itu adalah seorang ejen yang membeli alat-alat pengeluaran untuk menghasilkan barangan yang boleh dipasarkan (Schumpeter, 1934)

Usahawan merupakan individu yang berani untuk menghadapi apa jua risiko yang bakal dihadapi olehnya.
Oleh itu, usahawan dianggap sebagai penggerak dan pemangkin kepada ekonomi sesebuah negara kerana matlamat sesebuah negara untuk menjadi sebuah negara yang bertaraf maju adalah dengan memiliki usahawan yang berjaya.

Antara ciri-ciri yang perlu ada pada diri seorang usahawan yang berjaya ialah:

  1. Berani mengambil risiko
  2. Jaringan usahawan
  3. Taat dalam melakukan sesuatu perkara
  4. Memiliki visi yang tersendiri
  5. Kegagalan atas pilihan sendiri
  6. Budaya terbuka
  7. Berorientasikan kepada hasil
  8. Berorientasikan kepada pasukan
  9. Proaktif
Terdapat beberapa contoh usahawan yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas:

1. TAN SRI DR. JEFFREY CHEAH ( Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway)





Serba sedikit tentang Tan SRI:

-dilahirkan di Pusing, negeri Perak dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway
-mendapat pendidikan tinggi dari Victoria University of Technology, Australia.

Antara ciri yang terdapat pada usahawan ini ialah:
  • BERANI MENGAMBIL RISIKO:
  Contoh:-
-Pada tahun 1974, beliau mengusahakan perniagaan perlombongan bijih timah melalui syarikat Sungei Way dengan modal yang besar iaitu RM 100,000.
-Pada tahun 1977 kemelesetan ekonomi mula melanda namun syarikatnya masih lagi dapat bertahan
-Kegawatan ekonomi negara yang berlaku pada tahun 1985 memperlihatkan Sunway Holding Berhad mencatatkan kerugian yang tinggi dan hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya. 
-Walau bagaimanapun, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah mula mengambil Langkah menyebarkan risiko dengan mempelbagaikan jenis perniagaan yang melibatkan pelbagai sektor seperti sektor pelaburan hartanah, pembangunan hartanah, pembuatan, perhotelan dan perniagaan berkaitan hiburan
-Beliau telah berjaya membangunkan Sunway Construction Berhad, Sunway City Berhad dan Sunway Building Technology Berhad



  • TAAT DALAM MELAKUKAN SESUATU PERKARA:
   Contoh:
-Walaupun kemelesetan ekonomi telah berlaku pada tahun 1977,1985, 1997 namun beliau masih lagi taat untuk terus mempertahankan perniagaannya                               
-Beliau telah mengurangkan gajinya walaupun terpaksa mengubah cara hidupnya supaya tidak mengamalkan sikap yang membazir dan terlampau bermewah-mewah.
-Beliau juga dilihat sebagai seorang yang gemar untuk mengambil risiko dalam membuat sesuatu pekerjaan dan taat untuk membayar semula pinjaman kepada pihak bank pada masa yang telah ditetapkan .


Hasil daripada kegigihan yang ditunjukkan oleh Tan Sri, pelbagai kejayaan yang telah diperolehi beliau.








3 comments:

  1. maklumat yang menarik..kipidap!!

    ReplyDelete
  2. Slots Machine Review | Slot Machine Games, Payouts - Dr.
    Try Slots 경상북도 출장샵 Machine online 안성 출장마사지 free here. We recommend 동두천 출장샵 the best slots machine casinos for US players in 2021. 군포 출장마사지 Enjoy 이천 출장샵 our top rated slots game reviews and

    ReplyDelete