Thursday, 22 October 2015

4. DATUK YUSOF TAIYOOB ( Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd)


-dilahirkan Georgetown Pulau Pinang
-berumur 52 tahun
-isteri bernama Datin Yusnita Ramli dan mempunyai 3 orang cahaya mata iaitu Waseem, Safiya dan Safina
-merupakan seorang usahawan pembekal terbesar untuk pelbagai jenis kurma, produk makanan mentah, kering dan basah dari negara Timur Tengah untuk pasaran di Malaysia

  • KEGAGALAN ATAS PILIHAN SENDIRI
-Setiap individu yang mencapai kejayaan tidak semestinya diperoleh tanpa menemui kegagalan
-Seseorang yang bercita-cita mahu menceburkan diri dalam dunia keusahawanan tidak perlu takut kepada kegagalan.
-Kebanyakan usahawan yang menceburkan diri dalam dunia perniagaan akan menghadapi kegagalan sebelum mencapai kejayaan
-usahawan dapat membentuk diri mereka agar lebih berhati-hati dan gigih berusaha menuju ke arah kejayaan serta mengambil iktibar serta pengajaran kepada diri sendiri dan orang lain untuk dijadikan panduan pada masa hadapan
-Pada awal pembabitannya dalam bidang perniagaan ini, beliau bermula dengan menjual minyak wangi namun mengalami pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit
-Selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau tidak berputus asa untuk sentiasa perbaiki kegagalan pada sebelumnya
-Hasilnya, beliau mengambil tindakan untuk mencuba pelbagai perniagaan lain termasuk mengedarkan produk yang berasaskan bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah seterusnya menempa nama dalam perniagaan sebagai pengedar kurma yang terkenal (Ashadi Zain, 2005)



5. STEVE JOBS (Pengasas  Apple Computer Corporation)


- pengasas kepada Apple Computer Corporation 
- dilahirkan di San Francisco, California pada tahun 1955
- mendapat pendidikan tinggi dari Reed College dalam bidang Physics
memperkenalkan jenama Apple Computer Corporation dengan berkonsepkan buah Apple,   disebabkan buah tersebut merupakan buah kegemarannya

  • BERORIENTASIKAN KEPADA HASIL
- berjaya menghasilkan produk pertama iaitu Apple I dan selepas dua tahun beliau memperkenalkan pula Apple II yang berjaya mendapat anugerah jualan komputer yang  tertinggi untuk kegunaan pejabat dan rumah bagi tempoh lima tahun berturut-turut.
- mencipta telefon pintar terkenal iaitu iPhone dan komputer tablet iPad pada tahun 2007
- Steve Jobs menghasilkan model-model komputer dengan menerapkan ciri-ciri keunikan, kreatif serta inovatif seiring dengan kemajuan teknologi pengkomputeran pada abad ke-21 kini (Rosli Mahmood et al., 2010). 
-Steve Jobs  yang terkenal sebagai seorang yang menghasilkan ciptaan teknologi  seperti komputer dan telefon pintar dengan hasil usahanya sendiri tanpa meniru jenis jenama lain, boleh dianggap sebagai seorang usahawan yang kreatif dan inovatif.


6. TAN SRI ANTHONY FRANCIS FERNANDES ( Pengasas Syarikat Penerbangan Air Asia Sdn. Bhd)
-Dilahirkan di Kuala Lumpur
- Mendapat pendidikan di London School of Economics
-Beliau mula bekerja di syarikat Virgin Airlines sebagai juruaudit
-Pengasas kepada syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Berhad dengan sloganya “Semua Orang Mampu Terbang” (Ashadi Zain, 2005). 
-Pencapaian Tan Sri Tony Fernandes yang paling besar adalah memulihkan semula imej syarikat AirAsia sebagai syarikat penerbangan antarabangsa
  • BERORIENTASIKAN KEPADA PASUKAN
 -Menjalankan kerja secara berpasukan antara kakitangannya, kerana beliau percaya ianya merupakan pengurusan kerja yang sangat berkesan dan efisien.
-Beliau sendiri akan mendengar idea dan pandangan pekerjanya dari semua bahagian. Jika terdapat hujah mahupun idea yang bernas, semua itu akan dipertimbangkan dan diberi perhatian oleh beliau.
-Beliau juga sering memberikan pelbagai insentif kepada kakitangannya supaya terus cemerlang dan bersemangat untuk berkhidmat di dalam syarikatnya.

-Dengan membina hubungan yang baik kepada seluruh kakitangan syarikat, pastinya dapat membantu para usahawan untuk terus memajukan serta memperkembangkan skala perniagaan yang dijalankan dengan lancar


7. TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY ( Usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia)


-dilahirkan pada tahun 1951
-kekayaan RM 1425 juta
-merupakan orang ke-7 terkaya di Malaysia

  • PROAKTIF
- Pada usia 19 tahun, beliau mula membeli daging yang tidak terjual daripada pembekal di pasar Alor Setar (Ashadi Zain,2005). Daging itu kemudiannya akan dijual semula kepada peniaga-peniaga Melayu di kawasan sekitarnya.
-Pada tahun 1972, beliau telah beralih ke perniagaan pengangkutan
- Beliau tidak semata-mata bergantung dengan hasil penjualan daging sahaja
-Pada tahun 1975, beliau telah berjaya menubuhkan Syarikat Shah dan seterusnya memohon lesen perdagangan beras daripada BERNAS
-Atas sikap kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras kepada banyak pihak seperti  MARA, FELDA, Pernas Edar dan beberapa anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor 
-Sikap proaktif ini telah memberi kejayaan dan menjadikan beliau lebih terdorong untuk mengembangkannya  dalam bidang perniagan yang lain.
- Ciri ini penting jika kita ingin berjaya dengan cemerlang seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang telah tersenarai dalam kedudukan tahunan 40 orang terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business sejak pada awal tahun 2003 lagi (Mohd. Salleh Din et al., 2005).









2 comments:

  1. maklumat yang menarik dan blog yang cantik..tq

    ReplyDelete
  2. struktur ayat yang padat dan mudah untuk difahami...terima kasih atas perkongsian maklumat ini

    ReplyDelete