assalamualaikum.. hari ini kali terakhir kelas pengantar penulisan bersama pensyarah Dr. Rohizah.
Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang subjek pengantar penulisan yang saya pelajari untuk semester 1 di UUM. Kelas kami berada di Bta27. subjek pengantar penulisan merupakan subjek yang agak susah dan mencabar minda bagi sesiapa yang tidak mempunyai kemahiran untuk menulis dengan baik dan mempunyai idea untuk menulis. Kursus pengantar penulisan ini mengajar cara-cara bagaimana kita menulis dengan baik dan berstruktur.
-penulisan merupakan satu aktiviti yang melibatkan pemikiran(mental) dan persaan (psikologikal)
-satu proses berterusan dalam usaha menyampaikan pemikiran dan perasaan penulis
-satu hasil produk yang dibaca dan difaham yang mungkin juga melibatkan tindak balas tertentu
KELEBIHAN MENULIS
-mengetahui kemampuan dan potensi diri
-meningkatkan kemahiran diri
-memperluas dan memperdalam wawasan tentang isu yang dipaparkan
-sesuatu idea yang dapat dinilai dengan lebih objektif
-mendorong pembelajaran secara ktif
-meningkatkan daya kecekapan berfikir secara kritis dan kreatif
TUJUAN PENULISAN
-penugasan
-altruistik
-pemujukan
-penerangan
-penyataan diri
-kreatif
-penyelesaian masalah
Terdapat beberapa jenis penulisan seperti penulisan popular, penulisan kreatif dan penulisan ilmiah. dalam subjek pengantar penulisan, kita diajar tentang fungsi bahasa figuratif , tanda baca, cara-cara menulis ulasan buku dan menulis blog dengan baik.
Dalam bab pengantar penulisan , proses penjanaan idea juga diajar. dalam penulisan , elemen utama ialah idea. idea atau cetusan fikiran penulis perlulah dirangka sebaik mungkin bagi menghasilkan penulisan yang berkualiti. terdapat beberapa cara yang digunakan oleh penulis untuk mengarap idea sama ada melalui pembacaan atau pengalaman atau persekitarannya.
Seterusnya, penulis juga belajar teknik-teknik pemerengganan dan menstruktur idea. terdapat perenggan induktif dan perenggan deduktif.
Bab 7 pula akan diajar berkenaan dengan topik penyuntingan dan penulisan semula.
Proses penyuntingan melibatkan proses menulis semula, menyusun semula, melengkap, membaiki dan mengemas manuskrip. Antara kepentingan penyuntingan ialah memudahkan pembacaan, memastikan isi tidak menyalahi agami,etika,budaya dsbm memastikan idea yang disampaikan dengan bahasa yang jelas, menggambarkan nilai dan identiti penerbit/teks dan menjadikan teks tersebut sempurna. Prinsip penyuntingan termasuklah tepat, jelas, padat dan mudah.
Apa yang paling penting dalam subjek pengantar penulisan ialah cara penulisan rujukan APA . Banyak input yang telah diberikan supaya kita mahir dalam penulisan rujukan ini.
Sebagai kesimpulannya, terdapat banyak input dan informasi yang diperolehi ketika menjalani proses pengajian pengantar penulisan dan semasa dalam kelas, tumpuan hendaklah diberikan sepenuhnya. tugasan hendaklah dibuat sebaik mungkin dan perlu kerap berjumps pensyarah keran di situlah markah kita. oleh sebab kursus ini tiada peperiksaan akhir, tugasan yang diberikan mestilah siap dengan sempurna. diharap terdapat penambahbaikan terhadap tugasan kursus pengantar penulisan ini.Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami kerana memberi tunjuk ajar sepanjang proses pengajian ini dan tidak lupa juga diharap markah yang diberikan berbaloi buat kami yang tiada peperiksaan akhir ini. hehe... sekian sehingga kita berjumpa lagi untuk entry yang seterusnya...
APA adalah singkatan kepada American Phsycological Association.
Satu set peraturan untuk merujuk dan memudahkan pemahaman pembaca.
Menitikberatkan aspek penampilan penulisan seperti margin, double spacing(ruang), dan jenis huruf.
Membolehkan penerbit dan pembaca untuk mengimbas maklumat penting dalam dokumen yang ditulis.
STANDARD PENULISAN APA :-
-Organisasi kandungan perlu disusun mengikut kesesuaian
-tajuk
-subtajuk
-penulisan perlu mengikut font 12 untuk times new roman dan arial
CARA PENULISAN
-nama penulis. editor atau penyusun diikuti dengan tanda noktah
-tahun terbit dalam kurungan dan diikuti tanda noktah
-judul hendaklah dicondongkan dan diikuti tanda noktah
-jilid, diikuti tanda noktah
-edisi dan cetakan dalam kurungan dan diikuti dengan tanda noktah
-temapt diterbit diikutu tanda noktah bertindih
-nama penerbit diikuti tanda noktah
-nama penterjemah diikuti tanda noktah
-judul penerbitan berkala diikuti tanda noktah
-kata singkatan 'hlm' digunakan untuk halaman
-bilangan siri jika berkaitan diikuti dengan tanda noktah
PANDUAN RINGKAS PENYEDIAAN SENARAI RUJUKAN
-Mulakan dengan halaman baru
-taip perkataan rujukan di bahagian tengah dan atas halaman tersebut
-langkau satu dua baris antara kemasukan
-jangan nomborkan senarai rujukan
-baris kedua setiap kemasukan , anjak 5 tau 6 ruang
-tajuk buku tau jurnal diitalikkan
- bagi pengarang barat, nama keluarga didahulukan
-susun nama pengarang mengikut abjad
-dahulukan buku yang ditulis bersendirian berbanding buku yang ditulis bersama
-bagi penulis yang sama, dahulukan buku terawal-ikut kronologi
-susun berdasarkan abjad tajuk jika pengarang dan tahun sama
CONTOH
-Buku seorang penulis
Shaik Mohd. Noor Alam S.M. Husin. (2000). Undang-undang komersil di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
-Buku dua orang pengarang (Edward, S. Inch dan Barbara Warnick)
Inch, E. S., & Warnick, B. (2002). Critical thinking and communication: The use of reason in argument. Boston : Allyn and Bacon
-Buku yang diedit- nama editor di kulit buku, nama pengarang bersama dengan artikelnya. Contoh:
Pengarang : Kamariah Junus
Editor: Sanat Md. Nasir
Kamariah Junus. (2003). Fungsi wacana dalam pembinaan kendiri. Dalam Sanat Md. Nasir (Ed.), Bahasa Melayu Alaf Baru, hlm15-26. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
-sekiranya editor lebih seorang- (Eds.)
-kadang kala penerbit menggunakan perkataan penyusun/penyunting
-Buku edisi baru
A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan pembinaan bangsa(edisi baharu). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
-Kamus
Noresah Baharom. (Ed). (2005). Kamus Dewan (edisi ke-5). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
-Filem
Aziz M. Osman. (Penerbit0. (2000). Senario the movie. (filem) Kuala Lumpur: Grand Brilliance
-Artikel Majalah
Azlina Uzir. (2001, Mac). Membeli belah di dalam internet. Majalah Pc, 51, 54-55
-Artikel Buletin
Tan Chin Lee. (2001, April). Kelemahan pelajar Cina dalam penguasaan bahasa Melayu: Punca dan penyelesaian. Jendela Utara,3,hlm.5
-Laporan Penyelidikan
Nasariah Mansor & Nafisah Mahmud (2000). Penggunaan slanga di kalangan pelajar-pelajar universiti. Laporan penyelidikan yang tidak diterbitkan, Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik.
-Projek Ilmiah/tesis
Hasnol Hisham Yusoff. (2004). Membaca fikiran dan minda dari konsep wacana. Projek Ilmiah Sarjana Muda Pengajian Melayu yang tidak diterbitakan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
-Dokumen dalam internet
Fakhrul Anuar Aziz. (2002). Memanfaatkan sumber-sumber percuma internet dan www untuk pendidikan. Diakses pada 3 Februari, 2003, daripada http://www.malaysia.net/people/rkho/pdf/fakhrul.PDF
Pengenalan kepada komputer. Diakses pada 3Februari, 2003, daripada http://sedaka.et.tripod.com./it- asaskomp.htm.
-Pengarang Korporat Committeeof Public Finance. (1995). Public Finance. New York: Pitman
-Buku Terjemahan
Kagan, J, Moss, H. A. (2003). Persediaan kelahiran bayi (Salasiah Daud, Pentj.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Karya asal diterbitkan tahun 2000).
#tahun karya asal diterbitkan perlu dimasukkan jika ada
-Kaset
Kahn, R., & Perlin, S. (speaker). (2002). Stresslife events: Relationships on health. (Cassette Recording No.2122). New York: Wiley Co.
diharap apa yang dikongsikan ini bermanfaat buat semua pembaca.
hari ini saya ingin berkongsi tentang konsep penerbitan dalam talian. PENERBITAN DALAM TALIAN
-Semua proses penerbitan karya dari peringkat pembinaan judul,penulisan,penyuntingan sehinggalah karya diterbitkan dan dijual akan dilaksanakan melalui talian dalam portal.
-Konsep perekaan dalam Penerbitan Setempat (Desktop Publishing):
-Penggunaan Aturan Huruf
-Penggunaan Reka Letak-
-Ciri-ciri Norma dalam perekaan
-Gaya perekaan
-Gaya penerbitan output
-Kesimbangan tulisan dan grafik
-Keseimbangan komposisi warna dan perekaan kandungan dalam aplikasi penerbitan yang
digunakan
-Perekaan dalam aplikasi elektronik lain (CD-ROM, Online Publishing, dll)
-Perekaan, komposisi dalam pengaturan huruf, pewarnaan kandungan, layout
-Keseimbangan teks, grafik, animasi dll
-Ciri-ciri perekaan kandungan yang baik
-Format penulisan kandungan dalam aplikasi sistem penerbitan tertentu
Mengapa Penerbitan Dalam Talian wujud dan diperlukan?
Elemen-elemen penting dalam Penerbitan Dalam Talian:
-Kandungan (Content)
-Model Perniagaan (Business Model)
-Strategi
-Pemasaran
-Aplikasi dan Transaksi (Aplication & Transaction)
5 Elemen Asas dalam Online Publishing:
1) Pembangunan Kandungan:
2) Sumber
3) Format
4) Perekaan, Pengkayaan dan Penggayaan
Output
5) Keberkesanan output
PENERBITAN ELEKTRONIK
Kehadiran ict telah mewujudkan konsep penerbitan elektronik.
Sebenarnya,penerbitan elektronik telah bermula sejak wujudnya komputer.
Ketika itu bahan-bahan elektronik terdapat dalam bentuk disket dan juga dalam perkakasan.
Dan kemudian bila CD-ROM diperkenalkan, banyaklah bahan-bahan terbitan asalnya
dalam bentuk konvensional mula diterbitkan dalam bentuk CD-ROM.
Dengan terbentuknya internet, bahan-bahan bercetak mula dipindahkan ke lebuhraya maklumat, dan bermulalah era buku elektronik dan jurnal dalam talian.
Penerbitan elektronik dapatlah ditakrifkan sebagai penerbitan dalam bentuk yang menggunakan komputer dalam penghasilannya.Bahan penerbitan elektronik biasanya dapat diedarkan untuk pengguna secara dalam talian atau dicetak oleh pengguna sendiri.Ia juga diterbitkan dalam bentuk DVD atau VCD atau dalam laman web yang lebih interaktif sifatnya.Ciri-ciri multimedia kini menambahkan keberkesanan penerbitan elektronik. Bahan-bahan seperti disket, CD-ROM,jurnal elektronik,majalah elektronik dan akhbar dalam talian adalah contoh-contoh penerbitan elektronik yang terkini.
APLIKASI SISTEM DALAM PENERBITAN ELEKTRONIK
-Konsep Sistem Analog dan Digital
-Jenis-jenis aplikasi sistem yang digunakan dalam Penerbitan Elektronik
-Konsep dan penggunaan aplikasi grafik, animasi, video, audio, teks dalam P.E
-Konsep E-Books
4 FAKTOR PENENTU SISTEM PENERBITAN ELEKTORNIK
-Model perniagaan
-Organisasi
-Pemasaran
-Teknologi
Namun setiap penciptaaan pasti ada kesan positif dan kesan negatif termasuk sistem penerbitan elektronik ini.
KESAN POSITIF :
1) Penerbitan elektronik tidak memerlukan jangkamasa yang lama untuk menerbitkan sesuatu bahan, jika sekiranya ia ingin dicetak secara fizikal. Hanya pengarang asal perlu menaipnya dengan komputer dan setelah menyemaknya,ia terus dikemukakan kepada penerbit jika ia ingin diterbitkan.
2) Penerbitan elektronik memudahkan kerja pencarian maklumat dengan wujudnya jurnal-jurnal yang diterbitkan secara online, khususnya jurnal berbahasa Inggeris. Ada juga laman-laman web berbahasa Melayu yang menerbitkan rencana-rencana ilmiah yang dapat dijadikan rujukan.
KESAN NEGATIF :
1) Kos permulaannya agak mahal berbanding peralatan lama yang sedia ada. Selain itu, penerbitan elektronik khususnya secara online akan mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada buku-buku dan jurnal-jurnal,termasuk akhbar-akhbar harian.
2) Teknik hyperteks dalam penerbitan online memungkinkan satu teks terhubung dengan teks lain,hanya dengan menggunakan satu klik tetikus, mengubah cara membaca yang linear dan sekuensial. Dengan hyperteks di internet, pembaca dengan mudah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.
3) Terpinggirnya keindahan bahasa.
4) Ramai juga penerbit yang bimbang dengan pelancaran novel-novel yang menggunakan format e-buku yang mungkin mematikan industri penerbitan.
PRINT ON DEMAND
Print On Demand ertinya mencetak buku dengan menggunakan teknologi digital atau cetak tanpa pelat. Sistem ini menggunakan Digital Printer. Semua pekerjaan seperti editing, layout, cetak dan penerbitan dilakukan oleh penerbit itu sendiri.
Sistem Print On Demand hanya dikhususkan bagi pengguna online, yang ertinya pembeli hanya perlu klik di website untuk membeli buku dan melakukan pembayaran. Selepas itu,buku akan dikirim melalui pos ke alamat pembeli. Cara ini lebih praktikal kerana penerbit tidak perlu mencetak buku dalam jumlah banyak. Sistem Print On Demand hanya mencetak buku berdasarkan pesanan dari pembeli,malah kos yang diperlukan adalah lebih rendah.
Dari segi hal penjualan, sistem Print On Demand umumnya menggunakan laman sosial seperti facebook. Blog atau website pun boleh digunakan sebagai tempat memasarkan buku.
KEWARTAWANAN RAKYAT (CITIZEN JOURNALISM)
Wartawan rakyat boleh dikatakan sebagai penyumbang kepada maklumat dan informasi yang bernilai yang dapat mendemokrasikan media, mahupun sesebuah negara. Antara contoh yang melibatkan peranan kewartawanan rakyat seperti isu Arab Spring di Asia Timur Tengah dan Occupy Wall Street di Amerika Syarikat. Pada bahagian yang seterusnya, saya akan memberi satu contoh isu yang pernah berlaku yang melibatkan wartawan rakyat untuk memberi satu gambaran mengenai peranan dan perjuangan wartawan rakyat yang ketara di negara tersebut.
Darurat Pakistan 2007-2008 merupakan satu contoh yang wajar direnungkan kerana dalam konteks isu tersebut, kewartawanan rakyat amat terserlah dalam keadaan negara yang mengelut dalam perjuangan demokrasi, melalui penggunaan media digital dan saluran arus media perdana, lebih-lebih lagi apabila kerajaan pada masa itu mengenakan sekatan media yang ketat. Kerajaannya telah menyekat saluran berita stesen televisyen tempatan dan luar negara dan usaha menyekat rangkaian selular.Serbuan turut dilakukan terhadap sebuah syarikat saluran berita iaitu pihak berkuasa pecah masuk ke pejabat, melepaskan tembakan pemedih mata dan memukul staf-staf syarikat tersebut. Tambahan lagi, pihak pemerintah turut mengenakan undang-undang untuk menyekat kebebasan media ke atas liputan langsung, memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengedap bangunan dan menyita peralatan persendirian. kewartawanan rakayat juga memeberi impak yang besar kepada pembaca kerana mereka mampu untuk mempengaruhi pemikiran pembaca dan ideologi pembaca.
DESKTOP PUBLISHING
Desktop publishing adalah penggunaan komputer dan software untuk membuat tampilan visual dari idea dan informasi. Penerbitan dokumen Desktop mungkin untuk desktop atau percetakan komersial atau distribusi elektronik termasuk PDF, menunjukkan slide, newsletter email, dan situs web. Pada Desktop Publishing, kecepatan bukan merupakan hal yang terpenting. Tetapi keberhasilan pada monitor nanti iaitu seperti gambar, seperti pada hasil tercetak maka komputer yang diperlukan ialah yang berkemampuan tinggi. Sebuah penyimpanan data (RAM) dengan kapasitas 640KByte sangatlah diperlukan, mengingat luasnya program. Di samping itu pada program yang dapat menciptakan gambar dan teks, dan juga sejumlah data yang penting pada proses pengelolahan gambar.
Definisi lama, desktop publishing adalah penggunaan komputer dan software khusus untuk membuat dokumen untuk desktop atau percetakan komersial. Desktop publishing mengacu pada proses menggunakan komputer untuk menghasilkan dokumen-dokumen seperti newsletter, brosur, buku, dan publikasi lain yang pernah dibuat secara manual dengan menggunakan berbagai teknik non-komputer bersama dengan mesin besar photo type setting kompleks. Hari ini perangkat lunak penerbitan desktop semua itu – nyaris. Tapi sebelum PageMaker dan perangkat lunak penerbitan desktop lainnya ada e-sisik, paste-up, dan cara-cara non-komputer desktop menyusun rancangan untuk pencetakan.
Benar penerbitan berbicara, desktop adalah perakitan teknik fail digital dalam format yang sesuai untuk dicetak. Dalam penggunaan praktis, banyak dari rekaan “grafik” proses juga dilakukan dengan desktop publishing dan software grafik dan kadang-kadang termasuk dalam definisi desktop publishing. Perbandingan antara desktop publishing dan rekaan grafik:
Apa Desktop Publishing – Ini adalah proses dengan menggunakan komputer dan tipe tertentu peraigkat lunak untuk menggabungkan teks dan grafis untuk menghasilkan dokumen-dokumen seperti surat khabar, brosur, buku, dll
Apa itu rekaan grafik – Ini adalah proses dan seni menggabungkan teks dan grafik dan mengkomunikasikan pesanan yang efektif dalam rekaan logo, grafik, buletin, poster, tanda, dan setiap jenis komunikasi visual yang lain.
WEB PUBLISHING
Adalah membuat situs Web dan meletakkannya di Web server (pelayanan web). Sebuah situs Web adalah kumpulan halaman HTML biasanya dengan halaman awal bernama index[dot]html. Situs web ini dirancang menggunakan perangkat lunak authoring web yang menyediakan kemampuan tata letak grafis atau dengan pembacaan peng-kode-an dalam HTML (coding HTML) atau keduanya. Mendistribusikan situs memerlukan penyalinan halaman HTML yang dihasilkan dan elemen-elemen grafis ke dalam direktori yang sesuai pada server.
pengenalan kepada web publishing..
SELF PUBLISHING
Namun, penerbitan dalam talian mempunyai implikasi tersendiri kerana pelbagai kejadian penggodaman dapat dilakukan oleh penjenayah alam siber.
Jadi, kita mesti berhati-hati untuk menerbitkan sesuatu dalam intenet. kenal pasti akata dan undang-undang terlebih dahulu..
MERDEKA ! MEREDEKA ! MERDEKA... teriakan suara hangat oleh semua warga Malaysia...Hari ini penulis ingin menceritakan tentang pengalaman membuat tugasan individu yang bertajuk patriotise terhadap alam sekitar. alam sekitar merupakan anugerah ALLAH yang tidak ternilai harganya dan tidak boleh dibeli. tanpa alam sekitar, manusia tidak akan dapat hidup dengan aman dan damai kerana alam sekitar berfungsi untuk melindung manusia .
Dalam meniti arus globalisasi kini, manusia semakin alpa dalam mengejar kemewahan dunia dan meneroka sumber untuk mendapatkan kekayaan dan kepentingan. Namun, sedarkah kita bahawa sumber alam semakin berkurang dan dunia semakin meruncing. Jadi, kita harus sedar dan memupuk semangat patriotisme dalam diri masing-masing untuk menjaga alam sekitar supaya pembangunan yang dijalankan di dunia ini adalah pembangunan mampan yang menitikberatkan kepentingan alam sekitar , ekonomi dan sosial.
Patriotisme dan aspek kenegaraan adalah nilai-nilai penentu kepada jati diri rakyat dan riwayat sesebuah negara bangsa.
Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia
(1974), alam sekitar bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi
kehidupan manusia. Ia termasuklah tanah, iklim, bau, bunyi, rasa, faktor-faktor
biologi dan faktor sosial.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, globalisasi ialah fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.
alam sekitar yang begitu indah
Kini nilai patriotisme dalam kalangan remaja amnya sudah mulai terhakis apatah lagi nilai patriotisme terhadap alam sekitar. Mereka sudah mulai tidak mengendahkan kewujudan alam sekitar yang selama ini telah melindungi dunia. Isu- isu penerokaan alam semula jadi semakin membimbangkan.
Kini, sudah ramai penyair, pemuisi yang
meluahkan perasaan mereka tentang keindahan alam sekitar yang semakin terhapus. Contohnya ,
Bersama-sama aku dan dia
Diikat hidup dalam penjara
Di bawah belenggu rantai penjajah
Berkumandang suara merintih berjeritan
Dah lama hidup begini
Tak berdaya bangun sendiri
Hak terbang melayang alam
Dibelit rantai dibelenggu derita
Tapi hari ini
Berkumandang sorak gembira
Dia telah bebas
telah boleh terbang kian ke mari
Menghisap udara pagi
Berkecimpung di taman kebebasan
Bersenandung di irama kemerdekaan
Dia
telah bebas lepas di alam buana
Putus ikatan belenggu jajahan
Tegap berdiri di bawah sangsaka
Hidup di dalam pekik sorak kemenangan
Lahirlah sinar cahaya benderang
Tumbuhlah pohon tanaman sejati
Hidup berakar berdahan berbuah
Dan makanlah dia dengan enaknya
Terlukis senyum tanda kemenangan
Pemuisi melahirkan kekesalan tehadap alam sekitar yang semakin hari semakin dilupakan oleh warga.
Pembangunan yang dijalankan oleh manusia telah menyebabkan kemorosotan kualiti alam sekitar. Masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius telah mengalihkan gerakan ekologi daripada pinggiran dan meletakkan alam sekitar sebagai aliran utama .
Pencemaran udara berlaku disebabkan oleh
pelepasan asap kilang,penggunan arang batu yang tidak terkawal dan pembakaran
secara terbuka.Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 3 juta setahun manusia mati akibat pencemaran udara. Ia merupakan 3 kali ganda kematian yang melibatkan kemalangan. Kesan kepada tumbuhan pula ialah kerosakan seperti nekrosis dan pertumbuhan terbantut.
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi warna, kandungan, keadaan sehingga tidak sesuai untuk digunakan lagi kerana boleh memudaratkan kesihatan.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Terdapat pelbagai langkah yang boleh diaplikasikan untuk menjaga alam sekitar ini. Antaranya seperti pembelian produk hijau, kempen-kempen kesedaran, aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan, pendidikan alam sekitar, menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat bagi meminimumkan pencemaran air, penampalan ozon bagi di mana bahagian ozon yang berlubang boleh ditampal dengan ion oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium.
Sebenarnya semangat patriotisme amat berkait rapat dengan nilai untuk penjagaan alam sekitar. Semangat patriotisme merupakan titik permulaan untuk memupuk amalan penjagaan alam sekitar yang baik. Masyarakat awam hendaklah dibiarkan terlibat dengan aktif dalam isu-isu berkaitan alam sekitar kerana mereka berupaya untuk memberi idea yang membina dalam pelaksanaan undang-undang dan akta yang berkesan selain membantu dalam pembangunan alam sekitar secara lestari dan mampan ( Mohd Ghazali Ismail & Haliza Abdul Rahman, 2011).
Terdapat beberapa elemen penting dalam memupuk patriotisme terhadap alam sekitar. antaranya ialah penerapan unsur-unsur patriotisme amat penting dalam menjaga kelestarian alam sekitar. Kerjasama yang diberikan oleh semua amat penting dalam menjaga alam sekitar dan ia merupakan salah satu unsur patriotisme bagi menjaga alam sekitar. Alam sekitar juga merupakan buku ilmu pengetahuan yang sangat bermanfaat. Melalui alam sekitar, kita diajar pelbagai benda. Seseorang yang bersemangat dan cintakan negara akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga alam sekitar dari diteroka rakus oleh manusia yang bersifat rakus ini. Mereka akan bersedia berkorban demi negara dan tanah air tercinta supaya negara sentiasa hidup dalam keadaan aman dan tenang tanpa sebarang bentuk ancaman sama ada penjajah ataupun kemerosotan alam sekitar.
Pelbagai kesan yang akan timbul jika tidak wujud kesedaran dalam menjaga alam sekitar pada zaman sekarang. Sudah tentu ia akan memudaratkan diri sendiri kelak jika kesedaran dalam diri setiap individu masih lagi berkurang. Semua makhluk yang bernama manusia hendaklah sedar akan kepentingan penjagaan alam sekitar supaya kelestarian alam sekitar terjaga. Pembangunan yang dilakukan yang melibatkan alam sekitar hendaklah dikawal agar tidak memberikan kesan negatif kepada kita.justeru, benarlah bahawa elemen patriotisme yang ada pada setiap individu amat berkait dengan penjagaan alam sekitar. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyemai semangat patriotisme dalam diri masing-masing supaya kita dapat menjaga alam sekitar dengan sempurna dan dapat dimanfaatkan bersama.SAYANGILAH ALAM SEKITAR !!!!
bersama-sama menyayangi negara dan menyayangi alam sekitar....