Monday, 15 December 2014

GAYA PENULISAN APA

APA adalah singkatan kepada American Phsycological Association.

Satu set peraturan untuk merujuk dan memudahkan pemahaman pembaca.

Menitikberatkan aspek penampilan penulisan seperti margin, double spacing(ruang), dan jenis huruf.

Membolehkan penerbit dan pembaca untuk mengimbas maklumat penting dalam dokumen yang ditulis.

STANDARD PENULISAN APA :-

-Organisasi kandungan perlu disusun mengikut kesesuaian
-tajuk
-subtajuk
-penulisan perlu mengikut font 12 untuk times new roman dan arial


CARA PENULISAN

-nama penulis. editor atau penyusun diikuti dengan tanda noktah
-tahun terbit dalam kurungan dan diikuti tanda noktah
-judul hendaklah dicondongkan dan diikuti tanda noktah
-jilid, diikuti tanda noktah
-edisi dan cetakan dalam kurungan dan diikuti dengan tanda noktah
-temapt diterbit diikutu tanda noktah bertindih
-nama penerbit diikuti tanda noktah
-nama penterjemah diikuti tanda noktah
-judul penerbitan berkala diikuti tanda noktah
-kata singkatan 'hlm' digunakan untuk halaman
-bilangan siri jika berkaitan diikuti dengan tanda noktah


PANDUAN RINGKAS PENYEDIAAN SENARAI RUJUKAN

-Mulakan dengan halaman baru
-taip perkataan rujukan di bahagian tengah dan atas halaman tersebut
-langkau satu dua baris antara kemasukan
-jangan nomborkan senarai rujukan
-baris kedua setiap kemasukan , anjak 5 tau 6 ruang
-tajuk buku tau jurnal diitalikkan
- bagi pengarang barat, nama keluarga didahulukan
-susun nama pengarang mengikut abjad
-dahulukan buku yang ditulis bersendirian berbanding buku yang ditulis bersama
-bagi penulis yang sama, dahulukan buku terawal-ikut kronologi
-susun berdasarkan abjad tajuk jika pengarang dan tahun sama

CONTOH

-Buku seorang penulis

Shaik Mohd. Noor Alam S.M. Husin. (2000). Undang-undang komersil di Malaysia. Kuala Lumpur:           Dewan Bahasa dan Pustaka.

-Buku dua orang pengarang (Edward, S. Inch dan Barbara Warnick)

Inch, E. S., & Warnick, B. (2002). Critical thinking and communication: The use of reason in                       argument. Boston : Allyn and Bacon

-Buku yang diedit- nama editor di kulit buku, nama pengarang bersama dengan artikelnya. Contoh:
 Pengarang : Kamariah Junus
 Editor: Sanat Md. Nasir

Kamariah Junus. (2003). Fungsi wacana dalam pembinaan kendiri. Dalam Sanat Md. Nasir (Ed.),                 Bahasa Melayu Alaf Baru, hlm15-26. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

-sekiranya editor lebih seorang- (Eds.)
-kadang kala penerbit menggunakan perkataan penyusun/penyunting

-Buku edisi baru
A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan pembinaan bangsa(edisi baharu). Kuala Lumpur :                 Dewan Bahasa dan Pustaka.

-Kamus
Noresah Baharom. (Ed). (2005). Kamus Dewan (edisi ke-5). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan                     Pustaka

-Filem
Aziz M. Osman. (Penerbit0. (2000). Senario the movie. (filem) Kuala Lumpur: Grand Brilliance

-Artikel Majalah
Azlina Uzir. (2001, Mac). Membeli belah di dalam internet. Majalah Pc, 51, 54-55

-Artikel Buletin
Tan Chin Lee. (2001, April). Kelemahan pelajar Cina dalam penguasaan bahasa Melayu: Punca dan               penyelesaian. Jendela Utara,3,hlm.5

-Laporan Penyelidikan
Nasariah Mansor & Nafisah  Mahmud (2000). Penggunaan slanga di kalangan pelajar-pelajar                        universiti. Laporan penyelidikan yang tidak diterbitkan, Sekolah Bahasa dan Pemikiran                        Saintifik.

-Projek Ilmiah/tesis
Hasnol Hisham Yusoff. (2004). Membaca fikiran dan minda dari konsep wacana. Projek Ilmiah                       Sarjana Muda Pengajian Melayu yang tidak diterbitakan, Akademi Pengajian Melayu,                         Universiti Malaya.

-Dokumen dalam internet
Fakhrul Anuar Aziz. (2002). Memanfaatkan sumber-sumber percuma internet dan www untuk                            pendidikan. Diakses pada 3 Februari, 2003, daripada                                                                http://www.malaysia.net/people/rkho/pdf/fakhrul.PDF

Pengenalan kepada komputer. Diakses pada 3Februari, 2003, daripada http://sedaka.et.tripod.com./it-                 asaskomp.htm.

-Pengarang Korporat
Committeeof Public Finance. (1995). Public Finance. New York: Pitman


-Buku Terjemahan
Kagan, J, Moss, H. A. (2003). Persediaan kelahiran bayi (Salasiah Daud, Pentj.) Kuala Lumpur:                      Dewan Bahasa dan Pustaka. (Karya asal diterbitkan tahun 2000).

#tahun karya asal diterbitkan perlu dimasukkan jika ada

-Kaset
Kahn, R., & Perlin, S. (speaker). (2002). Stresslife events: Relationships on health. (Cassette                               Recording No.2122). New York: Wiley Co.












diharap apa yang dikongsikan ini bermanfaat buat semua pembaca.

No comments:

Post a Comment