salam ceria,,,,
Hari ini baru berkesempatan untuk menulis disebabkan terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. bagi subjek pengantar penulisan, kami dikehendaki untuk membuat biorafi seorang tokoh. jadi, sebelum memulakan penulisan, kami perlu memilih tokoh terlebih dahulu untuk dijadikan tokoh pilihan. kumpulan saya terdiri daripada seorang budak yang kecil molek iaitu Nur Adibah dan Sabariah .kami tinggal di dewan pemginapan yang sama dan hal ini memudahkan proses untuk melakukan tugasan ini. setelah beberapa hari berfikir dan melakukan tinjauan, kami bersepakat untuk memilih Dr. Shafie iaitu pensyarah Pengurusan Pembangunan tetapi dia sentiasa sibuk pada waktu itu dan kami tidak berkesempatan untuk pergi menebual beliau. Di samping itu, kami juga turut bertanya kepada pensyarah kami iaitu Dr.Rohizah tentang cadangan pemilihan tokoh ini. Beliau memberitahu supaya kami patut mencari tokoh yang mempunyai keistimewaan walaupun dia seorang yang tidak disegani sekalipun.
Jadi, kami merasakan bahawa kami perlu mencari alternatif lain untuk membuat tugasan ini. Kami sama-sama berfikir dan masing-masing memberi cadangan dan saling mencurah idea untuk mengatasi masalah yang kami hadapi ini.Setelah berfikir , akhirnya saya mencadangkan supaya mengambil Puan Rokiah iaitu Usahawan wanita yang berjaya di Kelantan. Setelah meneliti dan mencari pro dan kontranya, akhirnya kami bersepakat untuk memilih beliau. Memandangkan saya amat mengenali beliau, saya mengambil keputusan untuk menelefon Puan Rokiah untuk membuat temujanji bagi bertemu dengannya. Nasib menyebelahi kami kerana saya berkesempatan untuk berjumpa dan menemuramahnya. Masa yang semakin suntuk kerana sudah tiba minggu pembentangan untuk hasil tugasan kami yang pertama. Kami memilih Puan Rokiah kerana beliau merupakan warga Myanmar yang berjaya menempuh segala rintangan untuk hidup di Malaysia.
Puan Rokiah mengusahakan perniagaan warisan mentuanya. Ibu mertuanya sangat menyayangi beliau dan percaya bahawa dia mampu untuk menguruskan perniagaan ini. Perniagaan kedai makan ini telah berjaya mendapat tempat dihati pelanggan. Beliau berjaya membuka 3 cawangan di sekitar Bandar Kuala Krai.
Sudah tiba minggu pembentangan, kami membuat pembentangan dengan penuh bersemangat dan yakin namun kami lupa untuk mengetengahkan tema semasa kami membuat pembentangan. Pada masa yang singkat, kami berfikir dan meletakkan tema kegigihan sebagai tema kumpulan kami. Namun, pensyarah kami memberi komen bahawa dalam isi kandungan pembentangan kami hendaklah berkait dengan tema kegigihan. Kami sedar yang kami telah tersilap dan kami akan menyediakan soalan yang berkait dengan kegigihan beliau menyesuaikan diri hidup di Malaysia untuk ditanyakan kepada Puan Rokiah.
Walaubagimanapun, kami sekali lagi menghadapi dugaan apabila Puan Rokiah tidak bersedia untuk menceritakan masa lalu beliau kepada kami. Kami terpaksa membuat pemilihan tokoh yang lain. Pada waktu itu, kami sudah berputus asa tetapi disebabkan tugasan ini penting buat kami, kami meneruskan dengan bersemangat. Kami bersama-sama memerah keringat untuk mencari tokoh yang sesuai bagi tugasan kami ini.
Selepas itu, ahli kumpulan kami memberi cadangan untuk menjadikan jirannya yang berjaya mendidik anak-anak sehingga berjaya sebagai tokoh pilihan .Soalan dibuat dengan teliti supaya tidak lagi berlaku kesilapan. Untuk kali terakhir, kami sangat berharap agar pemilihan tokoh yang dibuat berjaya mendapat tempat dihati pensyarah kami. sekian...
sekadar perkongsian, semasa sesi temubual saya bersama Puan Rokiah.....
No comments:
Post a Comment