Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang subjek pengantar penulisan yang saya pelajari untuk semester 1 di UUM. Kelas kami berada di Bta27. subjek pengantar penulisan merupakan subjek yang agak susah dan mencabar minda bagi sesiapa yang tidak mempunyai kemahiran untuk menulis dengan baik dan mempunyai idea untuk menulis. Kursus pengantar penulisan ini mengajar cara-cara bagaimana kita menulis dengan baik dan berstruktur.
-penulisan merupakan satu aktiviti yang melibatkan pemikiran(mental) dan persaan (psikologikal)
-satu proses berterusan dalam usaha menyampaikan pemikiran dan perasaan penulis
-satu hasil produk yang dibaca dan difaham yang mungkin juga melibatkan tindak balas tertentu
KELEBIHAN MENULIS
-mengetahui kemampuan dan potensi diri
-meningkatkan kemahiran diri
-memperluas dan memperdalam wawasan tentang isu yang dipaparkan
-sesuatu idea yang dapat dinilai dengan lebih objektif
-mendorong pembelajaran secara ktif
-meningkatkan daya kecekapan berfikir secara kritis dan kreatif
TUJUAN PENULISAN
-penugasan
-altruistik
-pemujukan
-penerangan
-penyataan diri
-kreatif
-penyelesaian masalah
Terdapat beberapa jenis penulisan seperti penulisan popular, penulisan kreatif dan penulisan ilmiah. dalam subjek pengantar penulisan, kita diajar tentang fungsi bahasa figuratif , tanda baca, cara-cara menulis ulasan buku dan menulis blog dengan baik.
Dalam bab pengantar penulisan , proses penjanaan idea juga diajar. dalam penulisan , elemen utama ialah idea. idea atau cetusan fikiran penulis perlulah dirangka sebaik mungkin bagi menghasilkan penulisan yang berkualiti. terdapat beberapa cara yang digunakan oleh penulis untuk mengarap idea sama ada melalui pembacaan atau pengalaman atau persekitarannya.
Seterusnya, penulis juga belajar teknik-teknik pemerengganan dan menstruktur idea. terdapat perenggan induktif dan perenggan deduktif.
Bab 7 pula akan diajar berkenaan dengan topik penyuntingan dan penulisan semula.
Proses penyuntingan melibatkan proses menulis semula, menyusun semula, melengkap, membaiki dan mengemas manuskrip. Antara kepentingan penyuntingan ialah memudahkan pembacaan, memastikan isi tidak menyalahi agami,etika,budaya dsbm memastikan idea yang disampaikan dengan bahasa yang jelas, menggambarkan nilai dan identiti penerbit/teks dan menjadikan teks tersebut sempurna. Prinsip penyuntingan termasuklah tepat, jelas, padat dan mudah.
Apa yang paling penting dalam subjek pengantar penulisan ialah cara penulisan rujukan APA . Banyak input yang telah diberikan supaya kita mahir dalam penulisan rujukan ini.
Sebagai kesimpulannya, terdapat banyak input dan informasi yang diperolehi ketika menjalani proses pengajian pengantar penulisan dan semasa dalam kelas, tumpuan hendaklah diberikan sepenuhnya. tugasan hendaklah dibuat sebaik mungkin dan perlu kerap berjumps pensyarah keran di situlah markah kita. oleh sebab kursus ini tiada peperiksaan akhir, tugasan yang diberikan mestilah siap dengan sempurna. diharap terdapat penambahbaikan terhadap tugasan kursus pengantar penulisan ini.Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami kerana memberi tunjuk ajar sepanjang proses pengajian ini dan tidak lupa juga diharap markah yang diberikan berbaloi buat kami yang tiada peperiksaan akhir ini. hehe... sekian sehingga kita berjumpa lagi untuk entry yang seterusnya...
#mood persediaan menghadapi final exam#
SELAMAT MENULIS !!!!
SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM..SELAMAT MALAM
Assalam , nk tanya Tiada bahasa inggeris ke dalam kos ni .. pembelajarannya dlm bhasa melayu ??
ReplyDelete