Monday, 15 December 2014

PATRIOTISME TERHADAP ALAM SEKITAR DALAM MENERAJUI ARUS GLOBALISASI.



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...

MERDEKA ! MEREDEKA ! MERDEKA... teriakan suara hangat oleh semua warga Malaysia...Hari ini penulis ingin menceritakan tentang pengalaman membuat tugasan individu yang bertajuk patriotise terhadap alam sekitar. alam sekitar merupakan anugerah ALLAH yang tidak ternilai harganya dan tidak boleh dibeli. tanpa alam sekitar, manusia tidak akan dapat hidup dengan aman dan damai kerana alam sekitar berfungsi untuk melindung manusia .

Dalam meniti arus globalisasi kini, manusia semakin alpa dalam mengejar kemewahan dunia dan meneroka sumber untuk mendapatkan kekayaan dan kepentingan. Namun, sedarkah kita bahawa sumber alam semakin berkurang dan dunia semakin meruncing. Jadi, kita harus sedar dan memupuk semangat patriotisme dalam diri masing-masing untuk menjaga alam sekitar supaya pembangunan yang dijalankan di dunia ini adalah pembangunan mampan yang menitikberatkan kepentingan alam sekitar , ekonomi dan sosial.
Patriotisme dan aspek kenegaraan adalah nilai-nilai penentu kepada jati diri rakyat dan riwayat sesebuah negara bangsa.
Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (1974), alam sekitar bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan manusia. Ia termasuklah tanah, iklim, bau, bunyi, rasa, faktor-faktor biologi dan faktor sosial.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, globalisasi ialah fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.


alam sekitar yang begitu indah 


Kini nilai patriotisme dalam kalangan remaja amnya sudah mulai terhakis apatah lagi nilai patriotisme terhadap alam sekitar. Mereka sudah mulai tidak mengendahkan kewujudan alam sekitar yang selama ini telah melindungi dunia. Isu- isu penerokaan alam semula jadi semakin membimbangkan. 



Kini, sudah ramai penyair, pemuisi yang meluahkan perasaan mereka tentang keindahan alam sekitar yang semakin terhapus. Contohnya , 

Bersama-sama aku dan dia
Diikat hidup dalam penjara
Di bawah belenggu rantai penjajah
Berkumandang suara merintih berjeritan
Dah lama hidup begini
Tak berdaya bangun sendiri
Hak terbang melayang alam
Dibelit rantai dibelenggu derita


Tapi hari ini
Berkumandang sorak gembira
Dia telah bebas
telah boleh terbang kian ke mari
Menghisap udara pagi
Berkecimpung di taman kebebasan
Bersenandung di irama kemerdekaan 

Dia
telah bebas lepas di alam buana
Putus ikatan belenggu jajahan 
Tegap berdiri di bawah sangsaka
Hidup di dalam pekik sorak kemenangan
Lahirlah sinar cahaya benderang
Tumbuhlah pohon tanaman sejati 

Hidup berakar berdahan berbuah
Dan makanlah dia dengan enaknya
Terlukis senyum tanda kemenangan

Pemuisi melahirkan kekesalan tehadap alam sekitar yang semakin hari semakin dilupakan oleh warga.
Pembangunan yang dijalankan oleh manusia telah menyebabkan kemorosotan kualiti alam sekitar. Masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius telah mengalihkan gerakan ekologi daripada pinggiran dan meletakkan alam sekitar sebagai aliran utama .

Pencemaran udara berlaku disebabkan oleh pelepasan asap kilang,penggunan arang batu yang tidak terkawal dan pembakaran secara terbuka.Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 3 juta setahun manusia mati akibat pencemaran udara. Ia merupakan 3 kali ganda kematian yang melibatkan kemalangan. Kesan kepada tumbuhan pula ialah kerosakan seperti nekrosis dan pertumbuhan terbantut.

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi warna, kandungan, keadaan sehingga tidak sesuai untuk digunakan lagi kerana boleh memudaratkan kesihatan.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Terdapat pelbagai langkah yang boleh diaplikasikan untuk menjaga alam sekitar ini. Antaranya seperti pembelian produk hijau, kempen-kempen kesedaran, aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan, pendidikan alam sekitar, menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat bagi meminimumkan pencemaran air, penampalan ozon bagi di mana bahagian ozon yang berlubang boleh ditampal dengan ion oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium.



Sebenarnya semangat patriotisme amat berkait rapat dengan nilai untuk penjagaan alam sekitar.  Semangat patriotisme merupakan titik permulaan untuk memupuk amalan penjagaan alam sekitar yang baik. Masyarakat awam hendaklah dibiarkan terlibat dengan aktif dalam isu-isu berkaitan alam sekitar kerana mereka berupaya untuk memberi idea yang membina dalam pelaksanaan undang-undang dan akta yang berkesan selain membantu dalam pembangunan alam sekitar secara lestari dan mampan ( Mohd Ghazali Ismail & Haliza Abdul Rahman, 2011).  



Terdapat beberapa elemen penting dalam memupuk patriotisme terhadap alam sekitar. antaranya ialah penerapan unsur-unsur patriotisme amat penting dalam menjaga kelestarian alam sekitar. Kerjasama yang diberikan oleh semua amat penting dalam menjaga alam sekitar dan ia merupakan salah satu unsur patriotisme bagi menjaga alam sekitar. Alam sekitar juga merupakan buku ilmu pengetahuan yang sangat bermanfaat. Melalui alam sekitar, kita diajar pelbagai benda. Seseorang yang bersemangat dan cintakan negara akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga alam sekitar dari diteroka rakus oleh manusia yang bersifat rakus ini. Mereka akan bersedia berkorban demi negara dan tanah air tercinta supaya negara sentiasa hidup dalam keadaan aman dan tenang tanpa sebarang bentuk ancaman sama ada penjajah ataupun kemerosotan alam sekitar.



Pelbagai kesan yang akan timbul jika tidak wujud kesedaran dalam menjaga alam sekitar pada zaman sekarang. Sudah tentu ia akan memudaratkan diri sendiri kelak jika kesedaran dalam diri setiap individu masih lagi berkurang. Semua makhluk yang bernama manusia hendaklah sedar akan kepentingan penjagaan alam sekitar supaya kelestarian alam sekitar terjaga. Pembangunan yang dilakukan yang melibatkan alam sekitar hendaklah dikawal agar tidak memberikan kesan negatif kepada kita.justeru, benarlah bahawa elemen patriotisme yang ada pada setiap individu amat berkait dengan penjagaan alam sekitar. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyemai semangat patriotisme dalam diri masing-masing supaya kita dapat menjaga alam sekitar dengan sempurna dan dapat dimanfaatkan bersama.SAYANGILAH ALAM SEKITAR !!!!


bersama-sama menyayangi negara dan menyayangi alam sekitar....



1 comment:

  1. http://chng.it/2XKs4fjdRw
    We therefore urge the Selangor Forestry department to scrap the proposed Kuala Langat development project immediately and irrevocably. Please defend our natural forest reserves: we, the rakyat, place our trust in you to protect the life support system that we depend upon.

    ReplyDelete