ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG SEMUA...
Dalam kedinginan malam yang penuh warna warni cahaya bintang digunakan sepenuhnya untukku menulis diari penulisan ini. Insyaallah jika diizinkan-Nya, saya ingin menyiapkan entri blog ini pada malam ini. Malam ini saya ingin berkongsi tentang proses menyiapkan tugasan berkumpulan pengantar penulisan. Jika sebelum ini saya menceritakan tentang proses pemilihan tokoh tetapi pada malam ini saya ingin menceritakan bagaimana pengalaman membuat tugasan dan penyuntingan yang terakhir sebelum dihantar.
Tokoh yang telah dipilih ialah Puan Khatijah binti Saad iaitu seorang suri rumah yang mempunyai tujuh orang anak kesemuanya hasil perkongsian hidup bersama suaminya iaitu En. Yusof bin Dol yang telah bersara sebagai askar. Puan Katijah berasal dari Merlimau Melaka dan telah menetap di situ sejak kecil lagi. Beliau berumur 57 tahun dan merupakan jiran kepada rakan kumpulan saya yang tinggal di Melaka. beliau dipilih menjadi tokoh yang pilihan kumpulan kami adalah kerana beliau berjaya mendidik anak-anak beliau sehingga berjaya dan menjadi insan yang berguna sekarang.
Hasil didikan beliau dan suami, anak pertama beliau iaitu Afraliza telah berjaya menamatkan pengajian di UITM Pulau Pinang dalam bidang jurutera. Anak kedua beliau pula nerupakan seorang graduan dari UTM yang mengambil jurusan mikrobiologi manakala anak ketiga pula belajar di UIA dalam bidang pendidikan. Anak beliau yang keempat pula belajar di UITM Shah Alam dalam bidang sains gunaan sementara anak kelima beliau belajar di UMP dan mengambil jurusan kimia industri. Selain itu, anak beliau yang keenam dan bongsu masing mendapat keputusan yag cemerlang di peringkat sekolah iaitu mendapat keputusan 6A dalam PMR dan 5A dalam UPSR. Hal ini menunjukkan bahawa anak-anak Puan Katijah merupakan anak yang berjaya dan membanggakan kedua orang tua mereka. Benarlah kata pepatah bahawa anak merupakan kain putih yang mana ibu bapa hendaklah mencorakkan mereka sama ada menjadi insan yang berguna atau tidak.
Disebabkan faktor kekangan masa dan tempat yang jauh, rakan saya Adibah mengambil alih tugas untuk menemubual tokoh. Kami menyediakan soalan yang berkaitan dengan tema kepada Adibah supaya senang untuk dia melakukan wawancara bersama tokoh. Pelbagai soalan diajukan dan antaranya ialah bagaimana cara beliau mendidik anak-anak sehingga berjaya. Puan Katijah memberitahu bahawa untuk mendidik anak-anak bukannya mudah kerana pelbagai dugaan dan rintangan harus dihadapi serta memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Beliau juga sangat berasa bersyukur kerana tanpa suaminya di sisi, dia tidak dapat mencapai apa yang diimpikan oleh semua ibu di luar sana.
Disebabkan faktor kekangan masa dan tempat yang jauh, rakan saya Adibah mengambil alih tugas untuk menemubual tokoh. Kami menyediakan soalan yang berkaitan dengan tema kepada Adibah supaya senang untuk dia melakukan wawancara bersama tokoh. Pelbagai soalan diajukan dan antaranya ialah bagaimana cara beliau mendidik anak-anak sehingga berjaya. Puan Katijah memberitahu bahawa untuk mendidik anak-anak bukannya mudah kerana pelbagai dugaan dan rintangan harus dihadapi serta memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Beliau juga sangat berasa bersyukur kerana tanpa suaminya di sisi, dia tidak dapat mencapai apa yang diimpikan oleh semua ibu di luar sana.
Disamping itu, Puan Katijah juga tidak lupa memberi tips kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan baik dan betul. Menurutnya lagi, anak-anak merupakan anugerah dan amanah Allah yang tidak ternilai dan hendaklah dijaga dengan baik serta penuh tanggungjawab. Tambah Puan Katijah lagi, kesibukan mencari rezeki bukanlah penghalang untuk ibu bapa membiarkan anak-anak tanpa sebarang didikan malah ia hendaklah dijadikan cabaran hidup di dunia ini. Puan Katijah menyatakan bahawa mendidik anak-anak ini sebenarnya perlulah sabar kerana dengan berkat sabar ini akan membuahkan hasil yang manis.
Akhir sekali, tokoh turut memberi pandangan tentang bagaimana cara ibu bapa sekarang mendidik anak-anak. Beliau menegaskan bahawa anak-anak zaman sekarang tidak boleh menggunakan cara paksaan atau kekerasan kerana anak-anak zaman millenium ini suka memberontak jika cara didikannya tidak kena pada tempatnya. Anak-anak juga tidak boleh dileteri kerana mereka akan mudah tertekan dan bosan. Puan Katijah juga menyatakan bahawa jika mendidik anak-anak berpaksika Al-quran dan Sunnah, InsyaAllah, anak-anak akan berjaya.
Setelah maklumat dikumpul, kami mula menulis dan setelah semuanya selesai, akhirnya pada hari isnin kami telah menghantar tugasan kami dengan harapan semoga pensyarah kami menerimanya. Sepanjang proses penulisan tokoh ini, dikatakan terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kami hadapi dan lalui. InsyaAllah, berkat usaha dan doa , tugasan kami ini mendapat markah yang sewajarnya daripada pensyarah kami.
Terimbau kata-kata Puan Katijah iaitu Anak anugerah Allah, celotehnya menggamit hati,
kehadirannya sangat dinanti. Setakat ini sahaja yang mampu ditulis pada malam ini. Selamat malam semua pembacaku... Mimpi indah !!! salam sayang dariku...
ASSALAMUALAIKUM SEMUA...HINGGA BERJUMPA LAGI DALAM ENTRI SETERUSNYA..SEMOGA HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI.
No comments:
Post a Comment